Monday 30 December 2013

External appearance does not reflect who you are !


APPEARANCE BLINDS, WHEREAS ACTIONS REVEAL.
 Well people, apa yg kita nampak pada seseorang tak semestinya betul.
Dia dressing lawa. cun. cantik gila. Tapi dekat rumah dia campak baju kat mak dia suruh tolong iron.
Pakai tudung tapi pegang tangan ajnabi.
Bawak beca tapi setiap kali azan, pi singgah solat kat masjid.
Pakai selekeh je tapi selalu tolong orang.

Jangan tertipu dengan appearance seseorang. Dia mungkin lebih baik atau kurang daripada itu.
First impression.
Boleh but don't too judging. :)
 The point of this post is I wanna say kita kena beware dan jugak husnudzon dengan semua orang.
People are unexpectable. 
Experiencing one of it have gave me a lot of lessons.

Those yang sekolah agama tak semestinya iman mantap.
Those yang sekolah biasa tak semestinya iman mereka goyah.

Those yang lancar baca Quran not really mempraktikkan .
Those yang sedang merangkak belajar, sometimes, lebih bersedia menerima untuk melakukan.

Budak sekolah agama. Hafal al-Quran. Lima waktu solat kat masjid.
 TAPI
syaitan akan mengganggu sesiapa sahaja selagi mereka bergelar anak Adam. 
Guard your nafs.

Appearance dah okay, so pastikan semua okay. Yang tak okay, room of improvement is always there :)
"There's no perfection but there is always room for improvement " ;)

*post macam becampur campur. lantak ah. faham je. kan? :P *
#NoteToSelf
#NoOffense

Monday 11 November 2013

Komuniti.

 Happy Monday and Assalamualaikum !

Kenapa komuniti? Well because we live in a community. kan?
Nak nak yang duduk dekat asrama tu. Lagi lah. A big community or a big family.

SO now nak cakap about your attitude in the community.
Anda WAJIB mengamalkan perlembagaan yang berikut.
-hormat menghormati
-prihatin(in words of ambil berat bukan jaga tepi kain)
-know your right
-tidak mencuri
-behave
-and apa-2 yang seangkatan lah kan.

If you have a roomate,  PLEASE do discuss apa yang dia suka and apa yang dia TAK SUKA.
Kalau anda dah buat apa yang orang tak suka mestilah orang pun tak suka anda. kan?

Haaa jadi kalau pergi ke surau, you guys are the first jamaah and bila nak bagi salam, dekat belakang ada makmum yang masbuk, please DONT PUT YOUR VOICE TOO HIGH kalau nak berzikir atau wirid or anything.

Kalau duduk semeja makan dengan yang different races atau religion, DO NOT TOUCH THE SENSITIVITY OR POLITICAL ISSUE. It might hurts your friends and nanti kot kot dia balik bagitahu mak bapak dia kau cakap macamtu macamni haaaaa habis kau.

Kalau dah habis ambik kain from washing machine, and you want to hang up your clothes, JANGAN ALIH PAKAIAN ORANG LAIN YANG TENGAH BASAH DEKAT AMPAIAN tuu. Dont be too selfish okayy. Ampaian floor lain ada lagi. kan kan? haha
And if nak guna mesin basuh but ada lagi clothes dalam tu, JANGAN CAMPAK BAJU ORANG ATAS LANTAI pulak kann. Dia mesti ada left dia punya bakul ke kat situ. :)

Kalau dalam kelas , cg tanya soalan and your friend give you a wrong answer, JANGAN EJEK ATAU GELAKKAN DIA. fahamm ? people take different time to catch up the learning in da classroom. ok?

Kalau duduk sebilik, if dia tak suka muzik kuat-2, JANGAN PASANG MUZIK KUAT-2 . Kalau dia suka sejuk and kau suka panas, JANGAN MATIKAN KIPAS. If you seriously want to do that, tukar bilik ah senang. kan? You have to RESPECT cara dia nak belajar. Nanti susah pulak dia nak study. Speed kipas ambik lah medium. Hardcore sangat lah kan kau speed nombor 1 tu pun takboleh tahan. haih
One more IMPORTANT thing, tahu lah anda kuat bersukan tapi mohon sangat JAGA KEBERSIHAN bilik bersama okayy. tknak lah bilik bau masyamm semacam and hari-2 kena sembur febreeze kat tempat kau.

If ada orang tengah solat, BE SILENCE. She / he is having a date with Allah. Kau nak kacau pehal? Sedangkan suara orang mengaji yang mengganggu solat itu berdosa, apatah lagi klau anda ambik bola tampar nak digging, pakai earphone tapi ketuk-2 meja pulak, bukak pintu dah ok slow, hempas pulak gedegang. Helooo sesama muslim respect. ok.

You as a good person in the community itself kena la tahu kann. Macam tak biasa. hahahh

So yeahh HORMAT MENGHORMATI amalan mulia ^^

#NoHardFeeling
#NoteToSelf

Saturday 2 November 2013

SHK ?

Hai Assalamualaikum and Happy Deepavali uolls. hihi

Eating a maggi cup and read on a notification dekat bertanya.fm tuhh. *tersedak* *tergelak*

Well dulu aku yg start saying SHK tu kononnya orang. mihmih
Yeah it is orang but not not literally orang. Acano ni? heheh.

S= Syienne
H=Hann
K-Kayy uni

Tiga kawan. Satu hati. Bersama walau apa terjadi. Tu lah aku, dia. dan dia. yg kat sebelah. yang comellss tuuu~
awww rindu pulak. :*
And itu lah kami. dan SHK yang sebenar. :)

and ini yg pernah dirangka: skate, hope, kita = SHK

#SHK tetap di hati :')
#SHK's selalu trademark kitaa
#SkatersFullest


Friday 1 November 2013

#eh?


 Dalam senyum wajah pagi
Ada indah sekeping hati
Ada rindu melagukan melodi
Ada tenang dalam ingatan
Ada cerita dalam kenangan
Akan kekal memori tersimpan.

Takboleh tipu.
Takboleh pendam mahu lagi simpan.
Perasaan itu.
Tuhan tahu.

Penyakit hati.
Mungkin juga.
Minta dijauhkan dalam doa.
Tetapi selalu dimensi jua.
Maknanya masih di ingatan bukan?

Masih suka pada kau. Mungkin?

Entah.

Angan-angan.
Ya itu pasti.


mereka.

Salam Jumaat readers !

Next week dah SPM.
Aku takut. takut sangat. takut takboleh dapat yang bagus-2. takut mak ayah kecewa. takut ckgu-2 kecewa.

:(

Ni dah tahun last. Lepas ni jumpa lagi ke dengan mereka? berhubung lagi kah? Hmm.


Well guys, buat elok-2 semua ! InsyaAllah Dia bantu. :')

Wednesday 30 October 2013

Tentang hati.


Assalamualaikum and nighty nite uolss ! hahaha

A week left before SPM. hihi But I still not on my last gear. Ohmyy apa nak jadi niiii~
I'm stress. Tengah pandang hutan sebelah bilik and thought of blogwalking .
And so here apa yang terjumpa tadi.
Baca sendiri ye teman-2 ! hihi
Budak Tomato

So then I was thinking up. Ada betulnya.
Namun hatiku masih belum mengerti.
Masih tercari-cari apa yang dinanti.
Mungkin akan terjadi. Atau fantasi.

:')

Friday 4 October 2013

on time (':

 Hey assalamualaikum. :)

Salam Jumaat semua.
P/s : Jangan lupa al-Kahfi tauu ;)

Tengah usha-2 followers dekat twitter, reading their bio and kenal-2 then I found a blog. Actually banyak. haha. But there's one yang attract me to read it. Macam fit with situation pulak dia punya post.

Well its about friendship which berkawan baik dengan nombor yang ganjil . :)

trio X)

So people, read this thing out here.  (meeraisyaq.blogspot.com)

Me also have one. And sometimes got that feeling too. But apa yang aku usually did, aku akan doa dekat Dia.  If they're meant to be my friends, may happiness came along tgether with us.
Tapi kadang-2 , hati sebak. My heart isn't that strong and tough to stand for such feelings.

Rasa tersisih. Rasa dipinggirkan. Salah siapa?
Sangat terasa. Sebab?
ketuk hati, tanya iman.
Aku pun pernah wondering about that thing. Kenapa dan kenapa dan kenapa. Mungkin aku tak memahami. Mungkin tak serupa. And ada tak terkena dekat mana-2.
:')

Kalau dah berkawan, berpada-pada lah.
Your best friend today might be your enemy tomorrow. Tapi taknak la jadik macam tu kan.
And so I keep myself husnudzhon. And you should do that too. ahaha :'D

So people, once you have a friend, jangan bagi dia rasa diabaikan. Kau susah nanti, kawan jugak paling dekat nak bantu ^^


P/s : I miss the old us being together in whtever. haha

Thursday 3 October 2013

Nurihan Almira :)


 Assalamualaikum and happy evening sweeties !

Well after been thinking for a day, I wanna share about my childhood friend.

She's now 17. Gonna have the SPM this November. A pretty young lady with a dimple on her right cheek.
Has a brown-fair complexion . Dark brownish eyes. and ada tahi lalat kecik toit dekat bawah mata kanan. :)
Selalu melompat bila dengar the word aiskrim even though orang acah-2 je nak bagi :D
Dia anak tunggal.
Dalam team Avengenie, dia ranking number 4 . Untung ahh atas aku kannn :P
Kuat merajuk dengan perempuan. Especially aku dengan Moon. Orang nak gurau manja pungg takboleh. haha
Sun, Med , Adam, Sher, suka sangat buli dia. Tu lahh kau, kecik sangat.
But she has a big heart. Depan lelaki, control je kann, balik je rumah, nangis. *oppsss*
hihi. She loves dark chocolates yang dengan almond tu. Takboleh minum susu. nanti muntah-2. Obses gilaa dengan ayam tomyam. Dia tak pandai lukis. Orang lidi pun jadi batang penyapu. haha Dia bnyak baju BG.
Dia pendek. :P
Ranking batch selalu top 10. Gempakk sangat !
And semalam was her sweet 17 ! However it was, I'm sorry I'm not there. Dah dua kali aku takde kan?
:')

HAPPY SWEET SEVENTEEN
NURIHAN ALMIRA BINTI AHMAD SUFI !!


Me love you always :')
All the best SPM tauuu.
Semoga always gembira senang hati , dipermudahkan rezeki , dipanjangkan umur dan so on so forth.
 Moga Allah jaga awak, Yan ;)



2010 in my heart



p/s : Yan must loves Syienne more than she loves you :P



Saturday 14 September 2013

End of the trial.

 Hey hey hey Assalamualaikum !

Im survived ! Alhamdulillah trial Essspiyyyemmm dah habis ! weeeee~  XD

Nak menunggu sampai hujung jalan ni bukan senang.
Mudah nak tersungkur.
Terima kasih Tuhan sentiasa membantu :')
Thanks ibu abah tok tokki wan abang cikgu kawan yang doakan dan bnyak support !   :*

Penatnya otak tak usah cakap la.Beratnya mata nak tahan sampai puas hati baca buku .
*sbb tu eyebag makin teruk*

tapi sebagai pelajar, itu tanggungjawab. kan?
tanggungjawab untuk belajar :)

masa hampir rebah, alhamdulillah sentiasa ada yang ingatkan.


Soal senang atau susah tak payah nak cakap lahh.
hahaha xd
Balance kot. Ada yang sihat, ada yang nyawa-nyawa ikan, yang nazak masuk ICU pungg adaa !

But thats my own fault.
Tak belajaq awai-2 sapa suruh.
TOO DISSAPPOINTED with myself.

Sebagai langkah berjaga-jaga awal-awal dah bagitahu parents I'm really sorry if cant get the best result that you guys expect for.
hahaha :D

And ibu abah cakap : " Its okayy as long as you did your best. Allah bagi suits as your efforts. Doa. Solat "

awww ibu abah selalu faham princess diaorang :')

And so , just pray that may Allah bukak hati guru-guru untuk memberi markah yang terbaik :)
May Allah blessed .


Tuesday 27 August 2013

Usaha untuk success !


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya selaku seorang pelajar dan mewakili pihak ibu bapa saya sendiri ingin menyeru agar mereka yang berkaitan supaya bangun dan bangkitlah untuk berjuang demi TRIAL !!
*ayat format SPM kayy*




Next week trial.

Are you readyy semuaaa?

A: okay kot. tinggal lagi skit nak cover.
B: entah weh. macam hujung nyawa je aku rasa
C: bnyak lagi tak baca.tapi insya Allah boleh.
D: aku pasrah je lah.
E: eleh kau. baca dgn tak baca nnti result sama gak
F: lek ah.takyah baca sgt pun.trial je kot.
G: aku okay je. tak sabar nk habis.

Anda di tahap mana?

Untuk aku, budak last minute. Jawapan aku macam Si C .

Banyak sangat lagi nak kena baca. Tapi insya Allah, kalau usaha, Allah bagi habuan.   :)

But I'm kinda feel sick for those yg ada answer macam Si E .


''aku tak belajar macam kau pun. Tapi dapat sama macam kau gak. A+ gak''.

''Pointer kita sama weh. Tu pun kau yg beria sgt belajar. Kan dah cakap lek lek je''.

''aku semalam bkan baca pun. Dapat gempak gak siott''.

So you're going to tell me yg kau berjaya cemerlang dapat A+ , dapat pointer above 3.0 tanpa usaha yg lebih?
Aku tak percaya. How come kau boleh cemerlang without usaha?

Ohh okayy get it. Kau nak cakap yg kau pandai la kan.
Even tak baca buku, boleh huraikan topik dengan baik.
Even tak stay up belajar pun, dapat A+.
Tidur , main game pun dapat pointer bagus.

Cenggitu ke bro?

Atau kau sebenarnya dah study 24 jam, siang malam tapi result kau atas air. Then kononnya nak bgtau kau genius takpayah belajar banyak, baca sekali dah masuk otak , so kau cakap la yg kau sebenarnya tak belajar sgt punn. Tpi tengok result, gempak semacam. 

Macam itukah?

Beb, Kita tak bodoh kalau kita tak berjaya after kita dah usaha.
Kita bodoh kalau kita tak berusaha untuk berjaya.

My classmates once told this.

Kejayaan tu bukan sesuatu yang kita boleh jamin. Usaha itu perlu. Memang ada yang berjaya tanpa usaha. Tapi itu kejayaan tanpa barakah namanya. Kenapa takde barakah? Dah amanah dan tanggungjawab dibuat main gitu lah jadinya. Allah tak balas sekarang. Nanti kau tua sikit tunggu lah nasib hidup kau macam mana.

Tak perlu nak malu dekat org yg berjaya takde usaha tu kalau kita dah berusaha tapi tak berjaya macam dia.

Sebab?

dah ditakdirkan Allah kata kami dapat banyak tu, banyak tu lah kami kena terima. Redha. At least kita dah usaha. Allah dah letak point kat situ.

*Thanks sweetheart for this. Its cure with His helps*

Kau yg tak berusaha patut malu. Sebab mak kau suruh kau belajar. Allah suruh kau berusaha untuk dapatkan yang terbaik. :)


Kejayaan tu Allah yg bagi. Bagi mereka yang berusaha, itu nikmat. hadiah. suatu kesyukuran.

Yang tak usaha, itu ujian. Smpai bila kau nak tunggu Allah bagi je kat kau tanpa kau usaha, doa semua tu.

Usaha tak doa tak jadi.
Doa tak usaha pun tak jadi.
Dua-dua kena ada.

Allah bagi kita apa pun, sesuai dengan apa yg kita kerjakan.  ^_^



Okayyy jadi sebab dah nak exam ni. USAHA , DOA , IKHTIAR , TAWAKKAL tu penting ye sayang sayang semua ;)

Saturday 24 August 2013

Remain



This thing keep me thinking and wondering and sometimes dreaming.
My love for you is here.
It stay.
Remains at its place.

I do have that feeling before. And I still do.

But its better for you . And me too.
That you do not know that it still remains.  :')




#heart #feelings #pray

Thursday 22 August 2013

Ucapan kurang :3


  Assalamualaikum and  salam comel semua ! :D


Setelah  8 bulan lebih kurang and we finished the presentation of the research ! Yeaaayy . ~
Its a big legaa gilaa sangat. hahahaha
Before present punyaaa lah CUAK sangat macam nak pergi toilet bnyak kali. haha
Well,tu normal nama nyaa~ :P
And boleh pulak Prof tu tanya apa function pen sharpie dalam poster tu.   :3
And of course I kept my mouth shut and try to smile sebab my research mate yg made up that awesome poster. :)
Nasib baik,alhamdulillah he answered that soalan dgn baik. The Prof said " Okay, I got it. A good explaination " :D
uuuuuu~ kena puji pulak lagi dia. kih3.
But ada silap sikit as the conclusion salah. Bukan salah punn sebenarnya. Cuma salah dalam tulisan tapi betul dalam penerangan. Hahahahaha XD

And the GOLD AWARD is ours ! Alhamdulillah :)

and kami speechless(ucapan kurang ) XD
Engkau cuak and speechless sangat sampai nak ambik gmbar pun takmau :(
So here I would like to give a special appreciation for my research mate, Shahrul. :)
gmbar ni satu je kot ada for research . :D

He is the one yang banyak contributed in ideas, writing, designing and all that things.
Aku duduk goyang kaki makan lolipop je while you're doing those stuffs.
Aku rasa tanpa kau, research tu sekerat jalan kot.
Nahh pujian   :P
Rajin.
Kreatif.
Self-reliance
Considerate
Pandai
Reliable.
Bertanggungjawab
Baik sangat !

Thats you.
Banyak sangat nak berterima kasih and my hand is not that okayy to type so lot of words .
So yg ini pulak karangan nak minta ampun.
I'm so sorry if I'm not there for sometimes with no reason to help you in finishing somethings.
I'm sorry I dont take part in completing the poster.
I'm so sorry to go back home earlier than you and left you doing all that things and discusses with Prof all by yourself.
Aku mintak maaf untuk semua if ada yg tersalah tersilap terkena terbaling ke apa ke.
Terima kasih juta juta for all those things that we have been through in finishing the research. (wlaupun aku goyang kaki tangan ) :'D
Learnt a lot. Well, thats experience.
Buang yg keruh ambil yg jernih okay bro .
Kau researchmate,team mate yg cool and awesomeee , beb ! XD

p/s: kau patut belanja aku makann seminggu for that button :P :P

TERIMA KASIH HARAP MAAF JUMPA LAGI JAGA DIRI.

:) :) :) :) :)

Wednesday 21 August 2013

FSC :)

Hey hey hey Assalamualaikum !

Haa meh sini nak habaq mai pasai FSC !
Apa jadah FSC tu tok?
Its the Future Scientist Conference, babe ! XD

Padan duk kelip-kelip mata je and we're done presenting.
Alhamdulillah done and wait for the next day for the results.
We're not expecting to much but hope we get what we deserver for, Insya Allah :) 

A realize. kot ?


Hey peeps. Assalamualaikum. 
So long no update since sangat sibuk dengan apa yang tak patut disibukkan. 


After dah tahu apa yang kita nak, kita rancang, pastu kita buat, lepas tu hanya doa semoga apa yg dibuat ikut perancangan tu akan berjalan baik.


There it goes for us as a normal human being. :)

We might changed. We are influenced. We are not perfect.

Its too early mybe ?  :)



After that untold evening ,semua like already changed. 

sebab?

Mungkin sebab semua. huhu

And now I realized . 



Your word. That word. A big meaning.

Okayy berhenti merapu merepek sekarang.

The conclusion is don"t hope too much because that too much can hurt so much. :')

Jealous?

Not anymore. :)

Monday 29 July 2013

Random

Homework takde.! That is a relieve babe. haha
But too much works on that folio thingy. Haih. Sabo je la kann.
Research lagi. Balik raya lagi. hihi

okay dah. taktau nak write apa. I feel something that cannot be told by the writing. 

Found these pictures that make sense with what I feel now.
















Comel kann family aku :)








Mixed feeling smpai jadi stress seterusnya hati pon break and hati menangis macam hujan tu sebab ingat dekat family. Ha, tu relation dia. haha
Merepek mengarut je ulasan di atas.

Cuma aku. Tak kuat :')


Sunday 28 July 2013

HEART #decision

َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك

“Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati,
arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU”
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك

“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati,
tetapkanlah hatiku pada agamaMU”


Hati. Susah nak jaga. Silap haribulan,parah. Macam hati aku.

Kritikal.



Niat belajar pon tak berapa nak betul. Iman sangatlah rapuh. Duk pikir pasal awek lagi. Gossip lagi. Cemburu. Dendam rindu lahh konon.
Nampak tak macamne hati aku yg memang tak berada pada keadaan sepatotnya?

Kalau kes hati yang tak ingat pada Sang Pencipta lagi lah. Kes berat ni. Berat nanang :'D

Allah dah bagi hati untuk kita jaga. Tapi sungguh, payah, susah .

Mama,paksu,atuk,makcik,Aunty Mala selalu pesan suruh dengar kata hati kadang-kadang tu. kan ?

Cikgu bahasa ckap, "Ikut hati,mati "
*peribahasa je tu wehhh*

kawan pulak cakap, Hati tu buta.
*hati ada mata ke.eh? *

Hati tu raja dalam diri.

Nak niat guna hati.

Hati pon tempat syaitan lepak. Suka sangat.

Iman pun dari hati
Apa pengertian iman? (soalan pai)
-mengaku dengan lidah,membenarkan dengan hati,mengamalkan dengan perbuatan-
*A+ SPM ! *

Nampak tak ? Hati tu precious sangat. Kena ada specific care.
" nak bagi jagaan apa?"

"Santapan rohani,babe ! "  :)

Hati aku kadang-kadang silap buat perhitungan.



Orang cakap hidup ni cuma sekali. Nenek aku pon cakap. And yes, Allah bagi hidup atas dunia ni only once. Kali kedua hidup selepas mati tu,bila bangun dah ada kat Padang Mahsyar. kan ?

In this short life jugak lah Allah bagi banyak ujian. 
Setiap orang berbeza. Kau lain. Aku lain.

Dan bila kena buat pilihan nak mana satu,sangat lah susah. Allahu .

To decide,memang aku lemah. dengan hati yang fragile macam ni.

Tapi Allah ada. kan?

Harap apa yang aku buat betul. Walaupun payah.Susah.Berat.Seksa.

Allah. Tolong.

Keep the faith in me on what I choose to be. :')

Leave everything to Allah after you have tried yours and make some effort is the best thing for me.

Moga Dia bantu . amin.




Saturday 27 July 2013

Hati. Doa. kau

                                                     Assalamualaikum Cinta.

eh? pehal nak beri salam kat cinta tetiba ?
sebabnya adalah.. (batuk)
semua orang aku sayang. aku kasih. aku cinta. atas nama saudara. :)

okay takk.sebenarnya post kali ni ada kaitan dengan that 'cinta'.
tapi betul la aku sayang kasih cinta semuanya. :D

alkisahh..(cehh)


  

pernah jatuh cinta ? pernah rasa rindu ? pernah rasa nak dirindui balik ? dicintai semula ?
tak pernah?
eh.itu lumrah kot. Its a fitrah :)

tapi kadang-kadang mesti ada yang terjatuh dari landasan. tersungkur . jatuh jauh dari cinta sebenar.
"apa pulak cinta sebenar..aku dah cinta dia setengah mati kot."
jadi sekarang kau dah separuh nyawa lah ye?
Cinta kepada Dia yang beri perasaan cinta tu dekat kita lah sayang. :)


and me. pernah rasa suka. pernah rasa sayang. for a guy .
*tolong jangan gelak.itu fitrah*

kali pertama aku nampak kau.macamni aku cakap.
 "pehal mamat tu nampak bajet sangat?keding pendek sepet je kot"
*waktu zaman dahulu kala aku,mmg aku suka shoot je apa nak cakap*
and there's one of my friend said. Budak tu banyak admirer kot niss.memain je kau nak cakap dia macam tu.
ada aku kisah?? langsung tak. (for that time being)

nak dipendekkan cerita (sebab tktahu nak write cemane).,
masa waktu prep petang,classmate aku dengan muka berseri bangga excitednya cakap,
"Nisssss! ada orang suka kau~"
tengah ada monthly stomach ache.memang aku takde mood.langsung.
"so?apa kaitan?ada aku kisah?pakwe aku sekarang dah ada.tahun depan dah nak kahwin."
haah,nmpak tak jawapan poyo telampau kat situ.

Malam.

lepas dh habis al-Mulk,pejam mata. Fikiran melencong. 
Budak yg aku cakap cukup pakej bajet tu suka aku?! pehal pulak nak main suka-suka nih.
*well,thats fitrah*
tapi pehal kau ? (tak puas hati takde jawapan)
serius kusut fikiran.mungkin tak perlu pun fikir.tapi entah.
curiosity dah beyond limit dah malam tu.
rasa tak selesa.call ibu.told her everything.every single thing yang diberitahu kat aku.
"dah besar anak ibu nk feeling feeling ye memalam buta ni.knapa nak risau sngat kalau dia suka adik?hmm? "
ya Allah ibu boleh nak gurau manja pulak.I'm serius ibu. I get no idea kenapa I need to know sgt. tapi that feeling is kinda disturbing me. Jiwa kacau tauu mummy.
"Adik,tau tak,Allah yang hadirkan perasaan sayang kita dkat manusia yg lain kan?kasih sayang cinta semua tu datang dari Allah kan? So everything must go back to Him. "
Ibu sangat memahami. Adik syg ibu ketad2.!

Dua tiga minggu.
Since tahu yg kau suka aku,nama kau selalu dalam doa aku.

"Ya Allah,seandainya perasaan dia benar untukku,
Kau hadirkanlah jua perasaan yg sama padaku untuknya.
Ya Allah,sekiranya perasaan itu menjauhkan kami berdua dariMu,
Kau hilangkanlah dan berikan kami ketabahan.
Sungguh, Engkau Maha Pemberi Kasih Sayang.
"

Aku suka kau.tak lama lepas tu.sungguh.kerana Allah.
Dalam hati,Allah nombor satu. Kau pon ada sama.walau sikit. :')
*yang lain pun nak jugak*


Aku pernah baca twitter kau. Walaupon aku tak follow time tu,kau tak mangga,jadi boleh aku baca. :D
Apa yang aku dapat,kau bnyak tweet pasal hati.
Aku tak tahu kau sesaja tau mmg sengaja.
Tapi aku tahu tu bukan untuk aku.walaupon kadang2 perasan.eh?
*org sensitif mmg kuat perasan*

Semalam.

Yes it was a speechless day.indeed. Aku pon rasa. tapi taktahu kenapa.kan?
-sebelum pergi.-
"Aniss,dia suka ***** "
Me : Ohh.haha.dah agak dah.
*jawapan nak cover*
dalam hati: "Kalau betul yg dulu kau suka aku,cepatnya hati kau berubah.tapi mungkin kau sebenarnya mmg suka dia.Aku yang perasan.
Tapi kalau dulu mmg kau suka dia dan tak pernah suka aku,kenapa Allah bagi perasaan tu dkat aku.(mestilah,itu fitrah). tapi kenapa kau? "

Sedih. Pilu. Sakit.

taktahu apa aku rasa.Aku mintak jadi tabah dengan Allah. Lelaki yang dulunya dikatakan suka aku dah suka orang lain waktu aku cuba suka dekat dia balik. (ayat skema)

Untuk kau,aku mintak maaf.
"pehal pulak ? "

Sebab pernah terdetik dekat hati aku yang aku suka kau.

love dalam konteks suka :')

Sakit bila tau. Tapi mungkin terbaik. Kita taktau. Allah is the best planner. kan ?
lagipun kita baru 17. Tooo early to talk about this elderly matter. haha
But aku tak doa macam tu lagi dah. Cuma mintak Tuhan tabahkan hati aku ni je. For the past that happened,to this that just happened and for everything that might happen.

Mungkin ni jugak ujian. Ujian dari Allah untuk hati. Tersilap sayangkan orang. Hati sendiri terluka.
Terima kasih Allah .Ujian bermakna Allah rindu nak dengar rintihan hamba Nya.
Terima kasih ibu . Listening to my story makes you know betapa rapuhnya hati pinjaman tuhan ni.
Terima kasih untuk kau. Bagi aku jadi perasan dan rasa yg bercampur baur tu.


chocolates.warna warni.macam perasaan aku. Mixed. :')

Aku akan doakan yang terbaik untuk kau.
Insha Allah jodoh kau dengan si dia akan mendahului sebelum ajal menjadi jodoh kau terlebih dahulu. :)

#post kalini amatlah jiwang karat hijau.harap maaf


Thursday 25 July 2013

:')



Assalamualaikum and hi hi hi :)

me+sad=cry







Tak. Aku tak sedih apatah lagi untuk kecewa. Pasrah. Sebab Allah ada yang terbaik untuk aku. Dan aku percaya dengan janjiNya.

La Tahzan.Innallahma'ana. :')

Allah knows the best. He destinied everything untuk aku.

Redha.

Ye aku redha dengan what had happened.

Tapi sungguh,aku penat.

Pasrah tak bererti aku mengalah. tapi aku elakkan dari yang sia-sia

ye aku cuba.

Allah,keep me strong :')


Wednesday 24 July 2013

Demi dia :')


 D dengan muka yang berseri mengetuk pintu kelas.Aku terpandang. D terus masuk. Senyum tak lekang dari bibir. Aku, "amboih,bahagia nampak !"  "eh,mesti ah. Aku ada cerita nak story kat kau ni.hihi"
semestinya D sangat bahagia,seronok,excited pada masa tu. tak pernah pernah datang jumpa aku dalam keadaan macam ni.
"ye ye.tapi kau duduk dulu lah kayy.jap." D menunggu aku siapkan lagi satu soalan Addmath. Tapi dia tak berhenti senyum. macam kambing pulak dahh. haha. sorryyy sayang~ :D
Then after dah siap, D ajak keluar kelas." pergi luar jom,takkan nak cerita kat sini kot."
Before D cerita,aku cakap "sape nak cerita dulu,aku pon ada cerr gak ni" .
Then D started to story first since dia yg bagitahu dulu.haha.alasan jee.


D. : Niss,aku ada suka sorang mamat ni . alahh.malu pulak. emm.sebenarnya dari dulu aku suka tengok dia.cuba kau teka.

me: walawehh.pandai eh kau sekarang.patot berseri macam dapat seribu.haha.dah,aku tak pandai nak meneka neka ni.cakap je ah.



D : takkan aku taktau kot.        (mmg aku tktau.kau bru ckp td kann ==' )

me: *buat muka taktahu saje nk perli



D : okayy aku cakap ni. dia tu ********.haritu dia pernah senyum kat aku.



me: *ternganga sekejap.telan liur. ohh dia ke?hihi. okayy sangat lah tu dgn kau.haha

D:ish kau.(sambil mencuit pinggang aku) . ha,kau citer apa?


me: dah lupa pulak nak cakap apa.nanti nanti je ah. nk buat addmath


D :okayy.aku balik kelas dulu taw !

                      *****end of conversation*****


D,kau tahu tak. I'm not forget for what I'm going to say. but I know it might hurt you. You're my bestfriend. Forever and always. Nasib baik kau yang cerita dulu. Kalau tak,maybe kita tak macam sekarang. Aku tahu sangat macam mana kau nanti kalau tahu yg I'm gonna talk about the same person that you told me. Nampak tak yang aku sayang gilaaa kat au D, ? haha :'D


Untuk kau bahagia,gembira macam tu,I'm willing to do anything :')




Tuesday 16 July 2013

missing you damn much !

Assalamualaikum and nice day honey ! :)

I'm feeling happy. I'm sad. I'm eager. I'm down.

I dont really know what's my feeling right now. It all mixed up. Sat for a while and looking at those pictures of you and me reminiscing me back to the old time of us being together. :')

Wondering how you're doing right now at that school. Kau makan petang or tak. Ambik supper atau tak.
Ohh I  super duper miss you honey !
well honey, I'm crying most of the day now. :')
A lot to be told but cant. Having you by my side every evening like before,listening to my stories was not same when I'm here .

I miss your evil laugh,sarcasm smile, and kau akan buat muka whenever aku cerita apa yang kau rasa aku tak patot pon done all that things. haha
Know what honey, I miss your cooking ! the cake, the pudding, the kuih and all ! :')
nanti aku balik rumah,make sure masakkan tau XD
I'll keep waiting till the day we can meet together and enjoy the whole  day for just the two of us :)

I miss you A.A.A :')

Tuesday 11 June 2013

A Long Rest


 Well,Assalamualaikum and Hai for you. :)


Its already in the middle of June now.

'''ada aku kisah?''
hahaha.

Of course I need to focus on my SPM.
trial dah dekat koottttt..cuak ! huhu :(
Plus tak ready and a lot of subjects kena cover beb !
Disebabkan hal sedemikian itu, mybe jarang for me to update my blog :)

Wish me luck for SPM
(Ya Tuhanku, Kau kurniakanlah kejayaan yang cemerlang dalam SPM buat si penulis blog ini. Aminn )
Alhamdulillah,terima kasih juta-juta sebab tolong doakan :)
May God gives you success to honey ;)
Maybe that all for now.

Monday 6 May 2013

PWTC !

ASSALAMUALAIKUM !


yeahh..and there here it goes...~
Its  not an easy thing to go out during the school holidays in my place here.
But last week,since its the Labour Day, kitorang decide nak jejak kaki dekat PWTC ni ha.
Tambah2 pulak our junior k5 generation dah ajak sekali,so kami senior k5 generation pon bersetuju je la kann. XD
Plus proposal nak keluar junior yang buat.(mmg ambik kesempatan hbis)
Alhamdulillah,proposal dah lulus,and boleh pergi !
The main point is yessss kami boleh keluar tengok dunia ~~ XD
but we need to wear that grey shirt.ohh tidaaaakk!
but creatively we did wore those shirts,tapi tak menampakkannya sangat.
like this.

poyo jeee! tapi tkpe aa,asalkan tk nmpak kelabu tuh.haha
(me,nina,meyra)



this is our journey.
QuadP------->KTM----->Putra----->PWTC
it takes about an hour..penaaat berdiri dalam KTM lama2.huih.
Once dah sampai,kitorang seperate into beberapa group.
and I walked with Nina and Meyra. ! :D
lpas dah habis round dekat ground floor,and Nina dah beli semua novel2 dia tuh (lima buah kot !),
then kitorang naik scond floor pulak.cari buku belajar sikit.haha
Plus my dad ada suruh carikkan dia buku.tapi tak jumpa. eh bukan,dah habis.larissss sangat la tu kann. XP
then lepas nak habis borong buku buku yang ada,kami lapaaaaaarrr ~~!
nak pegy mall sebelah,tapi tutup pulak.
p/s: sejak bila Sunway Mall tu tutup ek?

haih..then Meyra bagi idea,''Midvalley jummm!''
then we were like: -_- jauh la Meyrr.
ok then kita pergi Sogo!
aaaaha,sebab kat situ sesak sangat nak makan.
and here I come~~


after sampai makan dekat fast food restaurant.
then,
pergi Jalan TAR--->PERTAMA Square----> back to Sogo
barang murah2 !cantik2 pullak tuuu..rambang mata..haha
memang shopping habis !
and kat sini laaaa,berlaku sedikit perselisihan faham yg agak dahsyat.woaaaahhh..hish.tknak ingat dah.
lepas dah penat,decided nak balik.terus pergi KTM,balik UKM.
thats how my Labour Day end :)


Monday 29 April 2013

workksss

 works and works and works.
well,thats my works(again) for the time being. huh. penat.but stilll,have to face it as its my responsible a.k.a obligation as a student. haha
i still can finish all the workssss but not within a short period of time.
oh please la all my lecturers,each of you hand me a lot of workssss and there're a lot of you guysss.. HAHA
and now im struggling to complete all those assignmentsss before the due date. bila tu? ESOK!!!
haih...macam tak sempat je..
hmmm..its okay baby.keep calm and go for it.
oh yeahhh...im thinking positively.haha
1st period esok:History. OMAYYY..my country's Coat of Arms tak siaap design lagi.
 2nd                :Physics . hmmm..Pre-reading tak buat lagi.(kena bom dalam kelas nnti nak jawab apeee ==')
3rd                  :Bahasa Melayu. That folio.haih.A few more mind map to be completed.
4th                  :Applied Math : yeayyy. dah siaaaap ! haha

then my class end for tmorrow.
Post Mortem Career Day tak buat lagi.adusssh.
ok dah.need to continue my worrrkkss.
hope i can stand still. :)
Allah,give me patience. aminn.

Saturday 20 April 2013

Topaz !

 So here it is ! TOPAZ~
nama rumah sukannn. haha. it named topaz as it is one af the gemstone name. huhu
and now we're busy painting and decorating and drawing and marching and practising and so on.
penaattt.. but hopefully theres smething we'll get later. :)

and along the time buat props and so on,bnyak la jugak perselisihan berlaku. apa ni kawan2 ? haih.. kerjasama tu pnting tauu..stresss aku mcamni.
and lepas dah berlaku mcam2,pergi cerita pulak dekat rumah sukan lainn.. ohh tidaaak ~
nnti people will take advantage kat kite tau tak?awk awaaaak,sy tktau knpe awk dah jadi mcam tu. hmmm
i dont know wht is going on actually. but since ada yg dah menceritakan,rasa mcam tak patut pulka bnde tu trjadi. mcm kanak2. kena leter skit,takboleh,kne push skit,melenting. apa laaa..
but nvm, moral of the story kat sini.....
*appreciate what people have done to you
*try to accept people as the way they are (tak semua org berkebolehan)
*understand the situation(masa singkat,mgkin susah nk perfect)

hmmm..hard to make others accept you since people have different way to be approached.
apa punn,TOPAZ tetap awesome !

Friday 19 April 2013

L0ve?

alt
Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji

Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaan-Mu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi
Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari
Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh, dihina.. sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri
Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali
Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami
Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni
Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?
Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri
Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi
Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini

Cinta..
Percayalah, andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri
Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati
Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa, seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..
Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami
Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku  ingin menimba ilmu Ilahi
Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...



cp

weekend again.

 ASSALAMUALAIKUM~

pejam celik pejam celik, waaaah ! dah weekend balik. terasa macam baru je dua hari sekolah.
tu la kan,betapa cepatnya masa berlalu sekarang. :)
but i dont know nak buat apa weekend ni.
woooooaaaahhh~~~~
but im so glad its the weekend.
penat sangat the whole week.
isnin-selasa : sekretariat untuk PETRONAS punya interview programme
khamis : frog surgery :D
jumaat : jati diri

hah,tu diaaaa.. penat sangaaat kot.bilik pon sampai bersepah dengan baju and kertas2 bagai. haih. jadi VVVIP kene la ada bnyak baju. :P
ok sekarang nak pergi buat jadual untuk weekend nie ! adooyai. tknak buang masa la kannn.. hhaha
btw,esok,(Sabtu) ada usrah untuk plajar muslim. macam malas nak pergi. haih.
YOU HAVE TO BE RAJINNNNN!!! okay,makin malas pulak. HAHAHA
On Sunday got Hari Sukan pulak. mak aii,bnyak betul program nya. penat fizikal n mental .muahahaha
one more thing, BANYAK HOMEWORKSSSSS !